screamArt Songs


Wednesday, November 5, 2008

basahh kuyupp!

okay. mula-mula, cerita ini berlaku pada hari ini(rabu, 5 nov 08). hari ini agak bahagia lah juga aku kan pasal pagi-pagi buta bangun, pergi sekolah then, jadi kuli beli nasi lemak telur mata 2 bungkus untuk kama and rast. agak bengang lah juga tapi member punya pasal, aku rela lah juga.

seterusnya pada pukul 8 setengah lebih dekatdekat pukul 9 rasanye, aku terasa lapar la pulak. aku pun ape lagi, makan la bihun goreng yang aku beli di gerai paklang depan 7 eleven tu(mcam korang tahu lak kan). lepas melantak, aku rasa sakit perut pulak. adoii potong betul pulak. tapi aku cool je. pasal tak berapa sakit sangat.
aku pun terus kan berbualbual dengan kengkawan, baca komik, dan hanya tunggu masa untuk menunggu loceng waktu rehat berbunyi. cehh (padahal dah makan, nak mkan lagi)

kemudian, lepas kitorang semua dah habis melantak dekat kantin, tempat utama kitorang wajib pergi ialah, toilet. atau nama lain nye, tandas. lepas dah betul2 kan tudung sume, kitorang fikir satu plan. haahhh kitorang nak skip sekolah. haha pasal agak bosan duduk di surau, almaklum, kumbang2* pun takde.

*kumbang2 = ehem
haha

so, kitorang dah excited gilaaaa ouh. tapi pandang kiri kanan atas bawah jugak lah. pasal kitorang keluar sekolah melalui gate depan. dah banyak kali dah buat, lulus je keluar. tapi agak seram jugak lah masa cubaan pertama kitorang, ustaz yusri ade dekat tingkat dua tengok budak2 keluar kat gate depan. fuhhh saspen je. cubaan pertama, GAGAL. cubaan kedua, macam tadi jugak, kitorang pandang kiri kana atas, fuhhh cikgu mail pulak ade kat atas. terbantut lagi rancangan kitorang. GAGAL lagi.
bila gagal, kitorang rase mcam malas nak keluar plak. haha kemudian kitorang pergi bengkel pertanian. tengok, acap main bola. haha

mula2 tengok, tup tup terasa nak main plak. then, kitorang pun main ah sampai tak ingat dunia. sepak bola, gelak2, ketawa sampai pecah perut. gila peluh banyak keluar ouh. busuk je. haha

lepas habis main bola, kitorang megeringkan badan dekat surau. fuhhh basah aku punya anak tudung. haha geli je. elok2 kitorang tengah mengeringkan badan, datang plak makcik skola yg kemas2 surau. alahaii~ menyibuk jee. tadi masa kitorang main bola pun die tetiba datang nak sapu tmpt kitorang main, patu sibuk je dtg nk kemas surau tuu. haish kitorang pun apa lagi, bengang terus bla ah. tapi kitorang ade plan lagi. haha cubaan ketiga untuk bla dari skola.

kali ini lain sikit, kitorang bla tanpa pandang belakang punn. haha baik punya. dah bla, kitorang menapak dekat mcdonald shell sana. makan makan makan, tak ingat nak balik. time cuaca mendung baru nak balik. sesampai nye kitorang dekat jejantas untuk mnyeberang jalan raya, dengan cepatnya hujan turun (bukan band hujan yea). ala... kitorang pun duduk la dekat tangga tu. jeng jeng jenggg kau orang nak tahu kenape? hah aku tetiba plak rasa sakit perut. alamak! bukan aku sorang je, ain pun terase jugak. kitorang kelam kabut je jadi. haha aku dengan ain pun ape lagi, say byebye to kama, rast and ekwan dann terus lari balik rumah. mujur masa tu hujan tak berapa lebat sangat. fuhh

balik2 rumah je, lencun je aku. adoii. lepas aku mandi semua, bila keluar dari bilik air, aku tengok, hujan dah berhenti. haishhh! bengang gilaaa aku.
tapi ape boleh buat kan? haha terima je la kenyataan.

-END-