screamArt Songs


Friday, May 29, 2009

See You Next Time, Teacher Azni :)

Hari ini, hari yang agak menyedihkan bila aku baru tahu guru kesayangan aku akan berpindah ke Taiping. Kawan-kawan aku yang lain dah tahu tapi lupa nak bagitahu aku. haishhh
diorang bawa hadiah nak kasi pada cikgu, tapi aku?

Aku tekad, hari ni jugak aku ajak kawan aku pergi kasis beli hadiah
(kasis paling cepat dan dekat). yea lah, takkan nak pergi alpha angel pulakkan?
tapi memang boleh pun. cuma balik nanti kenalah jalan kaki sampai patah riuk.

kami keluar sekolah ikut jalan belakang, kemudian amik teksi.
bila dah sampai dalam pukul 9.55 pagi, kami lari pergi ke kasis.
tapi malangnya, kasis tutup. bengang sangat masa tu.
kawan aku tanya akak kedai sebelah pukul berapa kasis bukak.
Rupa-rupa kasis bukak pukul 11.00 pagi. mak aihh!

kami tak tahu apa nak buat dah. BUNTU
last2, kawan aku nak pergi keluarkan duit, so aku temankan lah.
akhirnya! pukul 11.00 pagi !!

sampai-sampai je dekat kasis, aku meluru terus masuk kasis.
dah beli-beli semua (memang kering lah duit aku) kitorang tahan teksi and balik sekolah balik. phew~
nasib baik cikgu disiplin takde (si ismail lah!)

Ending dia, macam ni...













Cikgu kami sayang cikgu, BANYAK-BANYAK!

Wednesday, May 27, 2009

Account

agak susah la akaun nih. tapi apa boleh buat, kena 'layan' jugaklah.
tadi aku exam akaun. perh! macam susah tapi macam senang. ahha
kalau nak di bandingkan exam mac hari tu, mid year exam ni lagi senang kot. haha (berlagak kejap) harap sangat akaun aku lulus. hehe

Monday, May 18, 2009

kem kepimpinan

kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam agak seronok la jugak.
cuma yang tak tahan tu tak sempat nak mandi plus bilik air tak muat nak mandi. agak tekanan gak lah. tidur beramai-ramai, pengalaman yang best lah. dah lama tak tidur ramai-ramai.

aku sekumpulan dengan lala, fateen, sarah , solihen. mereka ni form 5 . aku agak langsi lah psal panggil dia orang dengan nama je. haha dan ada lah jugak kawan sekutu aku sorang, kama.
kumpulan kami di iktiraf sebagai ' kumpulan paling aktif ' kerana sememangnya kami memang aktif-aktif orangnya. ahha

apa-apa pun aku nak cakap, aku suka satu kumpulan dengan lala, fateen dan sarah. diaorang cool yang amat dan seronok berkawan dengan diaorang :)


Wednesday, May 13, 2009

imaginasi terlebih

semasa menjawab kertas 2 bahasa inggeris, aku tiba-tiba dapat idea yang banyak untuk menulis esei bi tu. entah apa pasal otak aku macam terlebih berfungsi sampaikan tak cukup masa nak jawab. mungkin terlebih berkhayal kot. entah lah
( mama aku cakap bila kita buat esei kenalah berkhayal banyak, betul cakap dia )

Kussemangat!!

sedang asyik mengelamun menulis karangan yang berjela panjangnya,
tiba-tiba aku di'ter'kejutkan oleh ustaz yang menjaga kelas aku. ustaz tu duduk belakang aku je.
buat kali pertama dalam sejarah aku terketar-ketar dan hampir nak mengelupur bila dia bersin bagaikan tak ada hari esok lagi nak bersin. jadi, kesimpulannya bak kata mama aku bila kita bersin cakap lah, "excuse me". ( apa kena mengena ni )

mid-year exam

hari ni hari rabu kan? haa yea lah hari ni lah start exam :D

rabu : bm(subjek yang aku payah nak skor) , add math(tak payah crita la, lagi macam apa je)

khamis : bi p1&p2(subjek paling suka)

jumaat : pjk(apehal tetibe ade pjk nih) , sivik(celah gigi je)


dan seterusnya ada lagi paper yang perlu dijawab selama 2 minggu ni.
susahnya nak jadi dewasa ni (-.-)