screamArt Songs


Saturday, June 27, 2009

sabtu, 27 jun 2009

Gila. catat sejarah betul ni. take note.
ini kali ke-2 najihah menangis depan mak ayah. wahh!
ini disebabkan banyak tekanan yang berpunca dari dalam rumah, blog, kawan-kawan (kot) serta tak dapat pergi ke jj . -.-"
malu siot nangis.

ade manusia cakap kat aku,
"Yaa hati kau lembut siot! nak tergelak aku! haha"
maksud beliau: eleh, baru sikit da nak nangis.
grrr, aku nangis bersebab lah. dan, menangis pasal dah tak tahan gila. aku kalau menangis bila aku geram/bengang. semulajadi lah :)





p/s: seriously, aku kental. harap sangat aku tak akan menangis lagi pada waktu akan datang. ahha :D


blackout

khamis malam jumaat. gila lah~ boleh plak blackout. kalau sekejap takpe lah, bak kata, encik abang sorang ni, "aku pegi cc sampai da balik umah still blackout lagi". haa, macam tu lah kiranya lama gila blackout. panas kebabeng oh. dah la esok sekolah. tapi aku tido jugak, buat tak peduli je pada kepanasan. neraka pun panas kan? ergh.. -.-"

dalam separuh sedar,
rasa-rasa aku pukul 4 pagi la 'electricity' dah ok/on balik. wahhh, nyaman gak ah tido. ahha

esok pagi, terkocoh-kocoh bangun. mak aihh! dah la tak gosok tudung! (aku hari-hari gosok). lepas mandi mandi mandi, pegi siap-siap, ahh lantak ko la tudung, aku pakai gak. dalam pukul 7.14pg, ain, member sejalanan aku, dah datang rumah (kami slalu pegi sekolah sesama). wahhh! lagi kelam kabut! so, tak nak dia tunggu lama, aku suruh dia gerak dulu.
last-last kena diri depan pagar sekolah dan menerima sebatan di tangan yang agak sakit la jugak. haih (-,-)

Friday, June 26, 2009

demam + selsema

aku mengalami penyakit yang mungkin memudaratkan atau biasa-biasa saja. harapnya, biasa-biasa saje lah.
bukan ape, risau terkena selsema babi. almaklum lah, kawasan sini (w.maju,melawati) dah ada orang yang kena. so, hati-hati sikit kalau nak kemana-mana. apa-apa pun,
aku berharap akan cepat sembuh dan suara sengau ni akan hilang.
macam yang pernah aku cakap, confirm2 katy perry rejam sampai mati kalau dengar suara aku =.="

Monday, June 22, 2009

No.19

yea, walaupun tak best dapat no.19 dalam kelas, tapi terpaksa terima dengan redha je lah kan. ini kira bagus tak dapat nombor akhir sekali. phew~

disini, aku macam nak sindir seseorang. tapi macam confirm aku kena sekeh kat sekolah nanti (-.-)
tapi peduli plak aku. haha
okeh okeh, ade la sorang hamba ni dia memang dapat markah yang tinggi. tapi malang nasib dia, akhirnya dia dapat nombor last sekali. HAHA ehem, tak baik gelakkan orang, nanti aku kena balik =.="

What The Fishy!

Dengan bangganya aku taip, Akaun aku lulus.
ehey! jangan main-main! Lulus ni beb! ahha :D
walaupun markah tak setinggi menara kl, tapi markah yang atas pagar tu telah meluluskan aku. ehem

Sunday, June 21, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa



GILA. GILA. entah la tapi GILA.

aku dibenarkan pergi ke gigs, Rockaway09 yang diadakan di Capsquare.

DAPAT PERGI (yay!)

aku roger ah Ben, senior aku. truut truut.

sabtu, 20 jun 2009.
ben cakap dia nak pegi wedding dulu. pukul 3 macam tu dia gerak. aku, okay je lah. yea la, follow the leader en?
dalam pukul 3 lebih macam nak pukul 4pm, dia call. "weh budak kecik, mane ko?" aku cakap, "dalam lrt. ampang park". dia, "ok".

berapa minit kemudian.
"bttersweet da prform la. tggl the times je ni."
sampai2 saja, ben muka macam tenang. cool. aku kat situ dah,
"sorry sorry. maaf sangat" entah dia dengar atau tak, tak tau nak kata ape dah.

Capsquare.
jalan, jalan, jalan, sampai!
wah, ramai gila orang. terpegun aku kat situ. banyak karenah dan ragam orang-orang muda ni. ceh ceh macam aku tua dah. sampai2 je kat sana,
cassandra tengah perform. rasa-rasanya lah cassandra. hahaha
menuju ke sana dengan pantas. ada port cantik punya. joget la mereka disitu. hha :D
seronok je tengok diaorang. oh yea, antara yang aku sempat dengar nama kawan2 ben la,
yuyu, puteri, sam, aliq, jul?, sape lagi. lupa.
mereka memang best. Ben la yang paling teserlah kemerengannya
ni haa, video yang aku sempat rakam.

video



video
sekejap-sekejap je video yang aku amik. lagipun tak rancang nak bubuh dekat blog :)
tapi tak apa, aku seronok keluar dengan diaorang :)

Tuesday, June 16, 2009

betul punya HOLIDAY

hari sabtu, 13/6/09. banyak gila tempat yang aku pergi. tapi takde la banyak mana cuma dalam satu dua tiga hari saja, aku dengan sedara + member sedara aku berjalan-jalan tak ingat dunia. mana taknya, dari central market ke masjid india ke sogo ke, ke mana lagi yea. lupa dah.
tapi bila balik rumah, terbungkang tido. haha

keesokan hari pula, ahad, `4/6/09. mula-mula plan nak ke amcorp mall. cancel. next, ingat nak berkelah di titiwangsa. haha cancel jugak. last-last, kitorang pergi ke ulu yam. pagi-pagi dah bangun, masak apa sume and 2 kereta masa nak ke sana tu. antara naik kereta akak murni or kereta abang razman. BEST! gila kot wey. yea lah, takde mak bapak. hahaha. lastly, balik rumah je terus lena :)


ini je kot-

Penat!

aku dan family balik kampung hari ahad lepas. 7 jun 2009. kami sampai kampung nenek aku di taiping, perak (nama glamernye kg ulu senduk) kira-kira pukul 7.18pm. memang best balik kampung. jumpa nenek aku, saudara-mara (duduk sebelah rumah je)

antara aksi di dalam kereta


selasa, 9 jun 2009.
aku follow akak sepupu aku pergi tempat kerja dia di Hospital Taiping. kebetulan dia ada shift malam so dia ajak aku dengan rela hati. aku pun okay sajalah. masuk pukul 10malam hingga 8 pagi pada keesokan hari. senang cerita, 3 hari aku kat sana dan ini memang pengalaman yang memang tak boleh lupa. ada satu hari tu aku tak tidur dari 10mlm sampai 8pagi. perghh! biol gak kepala aku. dengan jalan pun dah tak betul. ini kalau polis nampak mesti ingat aku ambil drug or mabuk. haha
gambar dalam kereta api, nanti aku ingat nak bubuh dalam flickr. Ini kalau aku ada nikon aplha900, pergh! lagi best. hahaha. ok, usha kalau mahu.
cari sendiri okay? ahha

khamis, 11 jun 2009.
family aku balik KL hari khamis tu. tinggal lah aku sensorang kat kampung. kesian tak? haha takde makna nak sesedih masa tu pasal aku balik KL hari jumaat esok tu je. aku balik dengan akak sepupu aku dan kawan dia sorang. naik KERETA API SIOT! hahaha
first time. macam ni lah. jakun je. memang tak sabar nak tunggu hari esok.

jumaat, 12 jun 2009.
kereta api bertolak pukul 9 pagi. seronok gila. lagipun, seat first class kot wey! haha. makan, tidur, tengok tv. 5 jam dalam kereta api, panas gak bontot.
akhirnya, sampai jugak KL Sentral. spupu aku, adik kepada kakak spupu aku amek kitorang. dia bawak kitorang pergi rumah dia. sampai rumah dia, kitorang mandi siap-siap lepas tu pergi midvalley. sakan ah. ahaha
maghrib, kitorang amek teksi pergi istana budaya. alang-alang ayah aku baca puisi dekat situ, kitorang join ah sekali. sampai sana je, meletop gila bai!
haha artis ade, manusia pun ramai kat situ.dan benda yang buat aku naik sawan bila salam dengan Noh Hujan. hahaha! tangkap gambar dengan dia, borak-borak dengan dia. pergh! sekali tu, dia datang sendiri kat kitorang pastu borak dengan kitorang. ahha tapi kitorang macam terkedu ah kan. terdiam sikit. haish
apa-apa pun, best lah! ahaha


okaylah, sampai sini je. nanti aku post blog tentang hari esok pula.