screamArt Songs


Friday, September 25, 2009

Final Exam (wah tak cuak!)

well well,kemain lama sudah kita bercuti ni,kawan-kawan.Dah siapkan homework dah? ape? belum? haha.Apa lagi? pergilah siapkan cepat! hahaha :D ala, buat relax je.Aku pun tak buat jugak.Ehem. takpe,cikgu kena faham.haha Don't worry lah,papehal,kita hadapi bersama ya! cehh

oh ya, kawan-kawan, masa PMR sedang berlangsung,kita akan menduduki peperiksaan akhir tahun.haha
siap sedia je lah ;)

(ok, dah merepek dah ni -.-)

Thursday, September 17, 2009

celoteh Puasa+Raya




Puasa :)
yea, bagi seorang muslim kita perlu berpuasa selama satu bulan dan menjalankan solat sunat tarawih,2 rakaat. Puasa ini bermaksud menahan diri daripada lapar bermula terbit fajar hingga terbenam matahari (kata ustazah aku waktu tingkatan 3).

bulan puasa ini, sebenarnya bagus kerana kita dapat menahan diri kita dari melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang boleh menjejaskan/membatalkan puasa kita.
tapi masih, masih ada manusia yang tak reti bahasa, ya, entah apa bahasa yang mereka belajar disekolah pun, tak tahu lah. masih lagi tak tahu nak puasa dan ponteng puasa. kita jangan ambil perkara ini mudah kerana ianya berat bagi seorang insan yang beragama islam.
jadi renung-renungkan lah.


okay tamat hal puasa.Mari kita Raya! :D


Raya :)
apa-apa hal, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua orang yang telah melawat blog saya dan kepada kawan-kawan serta kaum-kerabat yang telah singgah di blog saya. terima kasih.
oh,Minta maaf? pernahkah kita bergaduh? bertengkar? malas lah nak minta maaf :P ahaha


Di Hari yang Mulia ini, sama-samalah kita ke surau dan masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya.selepas itu, get ready beg dompet yang besar-besar dengan harapan akan diberi duit raya yang besar-besar hendaknya.walaupun dah tua bangka, kita jangan risau kerana usia tidak menjadi halangan bila kita bersungguh nak duit raya. HAHA :D

bagi yang balik kampung tu, berhati-hati semasa diatas jalan raya dan jangan excited sangat, buruk padahnya (teori sendiri,percaya la wey) :P



kesimpulannya, kepada orang yang tidak puasa(tidak bersebab), tak payah lah terasa nak raya.
menyemak.Raya biasa-biasa sudah ya orang yang ponteng puasa? :)
selalu yang najia tengok, orang yang tak puasa lebih-lebih pulak dia punya excited bila time raya. haish pelik.



sampai sini saja celoteh najia, dah panjang kot ni -.- ahaha :D
so, salam ukhuwah dan salam aidilfitri buat anda semua :)